Monday, September 19, 2011

Wanita itu Ibarat Epal

The fact that I love so much reading and writing about women, leads to this. but amazingly the more that I read about women, the more that I know even Wanita itu tinggi darjatnya, she still needs a man to protect her in any way and no matter how high her education is, she still needs a man to guide her, hopefully to Jannah, insyaAllah :)

...and in a way it makes me love myself even more :)
---
In fact, I reckon many of you have read this and fyi, I love to read this especially when I'm down and deep down I know, everything happens for a reason :)

wanita itu Ibarat Epal :)

Suatu saat di pagi yang cerah, angin bertiup tenang. sinar mentari lembut menerangi alam, tetapi sayang itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di puncak. Sejak seminggu lalu, epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? paahal...kulitku licin mulus, warnaku merah bersinar, siapa yang melihat, pasti meluap luap seleranya. pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. 

Tetapi...kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan kawannya yang berada di bawah sana? Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan kawan ku itu banyaknya yang telah rosak kerana serangga?

Epal tersebut binggung memikirkan kenapa rakan rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang, apakah kekurangan diriku?

perasaan rendah diri mulai merasuk. makim lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. murungnya tidak dibendung lagi. lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan untuk menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Seditik lagi, aku akan dipilih manusia. warna merahku dan kulit mulusku pasti akan mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun yang datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari bergantti minggu, kasihan...akhirnya epal itu busuk di atas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. membusuk dan dipijak pijak oleh manusia.

Wanita itu ibarat epal. buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik dan dijamah dan diambil orang. tetapi epal yang berkualiti tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah oleh orang lain.

Wahai Wanita yang solehah tinggi martabatnya...yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.

Bersabarlah! di saat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tunggulah, Allah pasti akan mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh panjat dengan tangga keimanan dan ketakwaan seseorang.

Ya Allah... ku tahu betapa banyak "perhiasan dunia terindah ini" mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinanti. Wahai Zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita wanita mulia ini lelah di ketinggian hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka dan selamatkanlah mereka.
---
For those, yang sudah dipetik, hargailah and those yang belum, mari berdoa, berdoa dan berdoa lagi :)

"Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya Tuhan kami, anugerahkanlah wanita wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati"

PS You(whoever you are) awak...awak...awak...



No comments: