Thursday, August 26, 2010

Separuh Masa

Final Match of Ramadhan League : 2nd Half prediction

Salam para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadhan #1431, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara juara Ramadhan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan Penganalisa bola sepak tanah air (ustaz ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam separuh masa pertama perlawanan di konti konti masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Shahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-Ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadhan musim lalu dengan 30 gol setiap hari) Penganalisa berpendapat, jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar besaran bukan saja dari sudut taktik malahan pemain. pemain pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Selalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan membeli belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui oleh Tahjud-Din dan Munajat Malam perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar kacirkan kubu pertahanan lawan yang tidak dikawal ketat oleh Jolelon Lagho dan Kalo TidoLajak. tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselumuti kedua dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol gol yang diperlukan.

Namun, penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa united mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. dengan ketiadaan jurulatih City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih mampu dan berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aildilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. selain itu, mereka juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka menjadi juara.

Oh! Kelihatan penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing masing. penyokong kedua dua pasukan bersorak bersungguh sungguh demi membangkitkan semangat team masing masing. team sorak Nafsu City dengan pakaian menjolok mata dan team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kewangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama sama kita saksikan kesudahan perlawanan akhir ini.

Sekian dari saya, Hisbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.

---

Spread the love. My sis got it from her school. Satu Hamba Allah kept passing a piece of paper to one another. She wrote it down and showed it to me and I think it's never too late to share it with the whole wide world. ;)

Monday, August 16, 2010

Disappointment

Dalam banyak banyak bintang di angkasa lepas, ada satu, memang cuma ada satu sahaja yang paling brightest that will shine thru. It's not the same dengan bintang bintang yang lain. not the same, not the same, not the same ;(


Go figure! just watched You're Beautiful for a thousand time, probably jadi begini.


image: google.com.my

Sunday, August 15, 2010

Solat Terawikh

Eeeeee, bestnya lps buat 8 dapat mkn kueh mueh, siap ada air sirap lg, sedapnya...

Eh! Imam dia baca beslah, mesti hansem kan? hihihihi~

Adoi, gelagat makcik-makcik kat surau ni, buat saket perot je tgk...;)

Eh! dapat jumpa kawan kawan lama yang 2, 3 tahun tak jumpa walaupon duduk dekat dekat je, maklum lah semuanya perantau kota.

Eh! orang kata, setiap langkah ke surau dapat pahala tau, kalau cmtuh nak langkah kecik kecik lah, pahala banyak sikit kot ;)

urm! lps tuh fadhilat solat terawikh setiap malam, masyaAllah...


Impress lah dengan makcik makcik yang boleh buat sampai 20 ni...hurm


You've got no idea bagaimana satu bangi berkumpul untuk Terawikh di surau yang kecik ini, masyaAllah...


Tapi yang paling best sekali bila dapat solat sebelah sebelah dengan mama dan adik beradik ;)

---
One indecisive-just-got-back-from-demam-person wanted to go to surau for Terawikh prayer or? not?

" Ah! sunat je, pegi dapat pahala, kalau x pegi xdpt apa apa, dosa pon tak dapat, which is good. lagipon demam blom kebah betul betul lagi ni, takkan lah Allah nak suruh umatNya buat jugak kalau dia xlrt kan? He knows better"

" Eh! tapi kalau pegi, kalau jalan pelan pelan, kalau dgr imam baca, sedapnya, kalau dapat gerakkan badan sikit sikit, peluh peluh sikit, insyaAllah bole baik demam sepenuhnya"

---

Fadilat Solat Terawikh boleh dapat di sini ;)

Wednesday, August 11, 2010

Happy Fasting!


Where ever you are, I'd like to wish you guys, Happy Fasting, sila bangun sahur, pergi terawikh. Dearest Family, Friends and Foes and Muslimin dan Muslimat, Selamat Berpuasa, EVERYONE! ;)

"Down on your knees, and thank Heaven, fasting, for a good man's love"

Wednesday, August 4, 2010

Please, Be Happy!

"This is something that constantly fills my heart. I don't feel complete, always feel like something isn't there. What is it? I wish I knew, I get frustrated when I think about it. Why does this bring me down to such a low point? Who knows".

If you ever felt, are feeling or do not feel anything like this before, Here's something for you ;)



It makes me happy, to see you guys happy, so please, be Happy, pleaseeeeeeeeeeee ;)

This is a note to myself too ;)

Tuesday, August 3, 2010

Alhamdulillah...

Ya Rab, thank you for giving me a house to called a home

Ya Rab, thank you for giving me daddy and mummy

Ya Rab, thank you for giving me Along, Abg Remy, Abg, Leesa, Reyhal, Angah, Abg Azhar, Alya, Atie and Wanie

Ya Rab, thank you for giving me love and care and health and happiness and life

Ya Rab, thank you for giving me cousins, aunties and uncles

Ya Rab, thank you for giving me friends, good friends and best friends

Ya Rab, thank you for giving me all the cats at home

Ya Rab, thank you for giving me neighbors

Ya Rab, thank you for giving me teachers

Ya Rab, thank you for giving me education

Ya Rab, thank you for everything

Ya Rab, thank you for this opportunity 

Ya Rab, forever, I thank You, InsyaAllah ;)

Alhamdulillah ;)

**Bersyukur**

Thank you, Allah ;)

Sunday, August 1, 2010