Thursday, June 30, 2011

Isra' Mi'raj



**This entry was meant for yesterday but I wasn't feeling well and sorry auntie auntie for the inconvenience I caused yesterday :(
---
Istimewanya tanggal 27 Rejab ialah detik dan saat yang sangat bermakna bagi umat Islam seluruh dunia; Isra' Mi'raj. 

Firman Allah SWT bermaksud "Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah Al-Israk, ayat 1)

Sebelum berlakunya Isra' Mi'raj, Rasulullah saw diuji dengan pemergian dua insan yang paling dikasihi; isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.

Kekasih Allah itu kemudiannya "dihiburkan" oleh Allah SWT dengan Isra' Mi'raj dan seterusnya diizinkan berhijrah ke Madinah sehingga berjaya membina Daulah Islamiah :)

Isra' Mi'raj itu;

1. Isra'; Perjalanan malam daripada Masjid- Al-Haram di Makkah ke Baitul Maqdis di Palestin.

2. Mi'raj; Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.

Intisari dari peristiwa ini terkandung dalam solat 5 waktu sehari semalam sebagai penghubung untuk kita berdialog dengan Allah SWT. Ketika itu Rasulullah berjumpa dengan Nabi Musa, dan Nabi Musa menyuruh Rasulullah untuk meminta kurang dari 50 kali ke 5 kali.

Solat 5 waktu; masihkah kita tidak mampu untuk mengerjakannya? Ketahuilah bahawa Nabi ketika itu amat malu untuk meminta kurang dari Allah. Adakah benar, umatnya memang tidak mampu untuk sujud dan solat 5 waktu kepada Allah?

Setelah 9 kali Rasulullah merayu, akhirnya Allah memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Subhanallah. Allah itu Maha Pengasih.

Isra' Mi'raj juga menguji keimanan umat Islam pada ketika itu dan ketika kini. "Beriman" kepada Allah bermaksud, tidak percaya melalui akal fikiran yang terbatas, tetapi percaya dengan ini *ambil tangan kanan dan letakkan di hati*

Terdapat peristiwa peristiwa yang simbolik yang ajaib Nabi lihat ketika Isra'; (dari iluvislam.com)


01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Terdapat banyak himpunan cerita cerita yang menarik berkaitan Isra' Mi'raj ini. Dengan menghayati peristiwa penting ini, kita perlu ambil iktibar bahawa Baitul Maqdis Palestin merupakan bermulanya Mi'raj Nabi dan terdapat kiblat pertama umat Islam (Masjid Al-Aqsa)
Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama sebelum ia dipindahkan ke Masjid Al-Haram di Makkah. 
Masjid Al-Aqsa juga merupakan masjid yang ke 2 di bangunkan di muka bumi dan masjid yang ke 3 suci di aqidah umat Islam. 
InsyaAllah dengan menghayati peristiwa penting ini dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah.


Itulah Mukjizat Rasulullah dan tanda Kekuasaan dan Kebesaran Allah.


 Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".


"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan Baginda Rasulullah dan Ramadhan pula bulan umatnya"


"Marilah melipat gandakan amal Ibadat"
Semoga kita Istiqamah dalam menjalankan amal Ibadat sepanjang tahun, bukan dalam 3 bulan ini sahaja. Ameen. 

2 comments:

fuad ansari said...

(",).. nice sharing...

solat adalah HADIAH kepada seluruh ummat.. maka sama2 azam utk manfaatkannya.. (",)

dream_catcher said...

betul betul, aku suka dialog nabi dgn Allah;

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Allah sayang kita umat nabi Muhammad :)