"Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali"
Subhanallah
*diam*
---
I love reading about Women. I could not explain why, but most probably because I am too a woman.
Last Sunday We sent Wanie back to school at KKB. When we reached her school, she called me.
"Sister, I know you wanted to learn to dress accordingly to Islam, here's a book that will teach you how, the words are simple according to your understanding"
"I smiled and thanked her. I always look up to her, somehow, she has the ability to give advices in a way that soothes you. She's good at it. but the way I look at this, if you're the one who is receiving advices, whether you are right or wrong, whether you know or you don't, terima dengan hati yang terbuka. You'd probably already know and Alhamdulillah, you're doing it, take it as ilmu".
I looked at the book. the book is called "Tabarruj". I flipped through, font 12, 79 pages. At the back of my head, I think I know the answer but to make sure I asked her "Wanie, Tabarruj, hukumnya?"
"Haram"
---
On the way back, mama asked me to drive slowly since it was already dark outside.
Things were running through my head at that time;
"I already know the hukum but yet I still commit sins"
"I wear Hijab when I was in Matrix, I was being forced by the Matrix to wear it and Alhamdulillah until now I am still wearing it, but what happen before? after? in between that?"
*diam*
---
"Tabarruj" ialah mendedahkan kecantikkan rupa paras, sama ada kecantikkan itu dibahagian muka atau di anggota anggota badan. seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikkan rupa parasnya oleh yang demikian, Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (Tabarruj).
Terlalu banyak pengertian untuk Tabarruj; rupa paras, rambut, perhiasan, suara, wangi wangian, make up...
Allah berfirman;
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suaminya atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera putera mereka, atau putera putera suami mereka, atau saudara saudara mereka, putera putera lelaki mereka, atau putera putera saudara perempuan mereka, atau wanita wanita Islam, atau budak budak yang mereka miliki, atau pelayan pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang orang yang beriman supaya kamu beruntung" (Surah An-Nur: Ayat 31)
Natijahnya daripada ini pula Allah Subhanahu Wata'ala tidak ketinggalan untuk memerintah kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara perkara yang diharamkan. FirmanNya:
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka memelihara (menahan) pandangan dan memelihara kemaluannya..." (Surah An-Nur; Ayat 30)
" Janganlah kamu semua menghampiri perbuatan zina..." (Surah Al-Isra'; Ayat 32)
Setiap kejadian dari pandangan
bagaikan kebakaran dari serpihan
banyak kerlingan menikam kalbu
kalbu ditikam tanpa panahan
selagi manusia mengikut perasaan
bahaya dihadapan tidak kesedaran
relakan bencana datang melanda kemuliaan
usah disambut andai datang membawa kehancuran
---
Bertudung kepala dan berpakaian menutup aurat adalah di antara lambang wanita Islam. bukan tanda kekolotan atau ketinggalan zaman.
Allah berfirman:
"...dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang zalim" (Surah Qasas: Ayat 50)
dan ada pula siksaan yang lebih dahsyat akan diberikan kepada wanita terpelajar andainya mereka tidak menghayati apa yang mereka pelajari. Allah berfirman;
"Kecelakaan yang besarlah bagi tiap tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa. Dia mendengar ayat ayat Allah yang dibacakan kepadanya, kemudian dia tetap menyombong dan seakan akan dia tidak mendengarnya; Maka beri khabarlah dia dengan azab yang pedih". (Surah Jathiyah; Ayat 7-8)
*diam*
dan ada pula golongan yang berpendapat bahawa Allah tidak memaksa sesiapa malahan memberi kuasa kepada manusia untuk memilih. Jika ada syariat Islam yang sesuai dengan kehendaknya, boleh dikerjakan. jika tidak ada, bole ditinggalkan begitu sahaja. Allah berfirman;
"...Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pula hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksaan yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu lakukan" (Surah Al-Baqarah: Ayat 85)
---
Sekian lama sudah kita meraba di dalam kegelapan. Marilah kita semua bertaubat. Dorangan daripada para suami dan ibu bapa adalah penting.
Allah berfirman;
"Kecuali orang orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan salih, maka mereka itu, kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebajikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Al-Furqan; 70)
"Kaum Wanita adalah paling senang untuk memasuki Syurga Allah"
"Solat 5 waktu, berpuasa dan mentaati suami"
Tetapi kaum wanitalah juga yang banyak terdapat di dalam Neraka Allah. Nauzubillah.
Rasulullah menangis menyaksikan "Wanita Dalam Neraka" dalam perjalanan Isra' Mi'raj yang ada kaitan dengan penghuraian "At-Tabarruj"
---
I refused to write it down because it's the scariest thing I've ever read.
"Wanita itu fitnah dunia"
*diam*
*crying*
To my beloved readers, I mean no harm. I did not mean to insult anyone nor pinpoint anybody in this entry. This is merely my story and things I'd like to share. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Penulis ini sendiri.
Dear Wanita wanita beriman, I love you guys so much, that is why I write this. "Don't Waste Your Pretty", Afterall, our bodies are borrowed from Allah and borrowed things have to be returned, accordingly.
Ambillah jiwa yang suci
lengkapkan pula budi pekerti
tidak kebahagiaan di rupa paras
tapi berbahagia di jiwa yang murni!
**Peringatan untuk diri sendiri, mari perbaiki diri, insyaAllah. Mari menjadi Wanita Solehah yang dicintai oleh Allah :)
**Thank You Wanie, for the book, May God bless you :)
6 comments:
ohh hiddy....ya..betul..let us try our best to be one ya..;)
i agree..when it comes to bab bertudung..i do believe..it shud came from deep within the women herself..i mean..ppl can ask u or push u 2 wear hijab..but it is u yg need to change ur self..and not simply wearing hijab sbb org..
alhamdullillah...it is time 4 me to change..nsb bek DIA bukak hati skrg kn..hehe..
tihah ska tgk perempuan jgk..eventho i am perempuan..hehe..
Tihah dear,
lets lets. mari jd Wanita Solehah.
Fitrah manusia, sukakan kebaikan. it's within ourself. dh lama sebati dlm kalbu, cuma perlu sokongan, nasihat, dorongan dan dgn IzinNya, InsyaAllah..
Jatuh bgn sesebuah kerajaan juga bergantung kepada wanita wanita nya.
Ya Allah, besar tanggungjwb kita.
Wanita ini cantik Allah jdkan...bersyukur..
hari baik ini, marilah kita berdoa semoga mendapat Hidayah Allah..ameen..
hugs :)
alhamdulillah...jom berubah...slow2 pun takpe! tak pernah tahu hid was forced utk pakai tudung! u r good in it! heheh..
molie! :P
yep. mari berubah ke arah kebaikan..mari belajar, mari belajar, mari belajar :)
usaha kita insyaAllah tak akan sia sia :)
tp at the end of the day, matrix itu juga yg hid sayang yg byk mengubah hid... alhamdulillah :)
thank you for sharing hid =) really means alot.. thank you =)
Diha :)
you made me smile. hid takot sgt entry2 hid org tak suka.
Yg baik semuanya datang dr Allah :)
mari berdoa kita tergolong dalam golongan Wanita Solehah yg dicintai oleh Allah :)
hugs
Post a Comment