Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung:-
UPSR, PMR/SRP: RM 1,000 - RM3,000
SPM: RM3,000- RM8,000
STPM/DIPLOMA: RM8,000- RM12,000
DEGREE: RM12,000- RM15,000
2nd DEGREE/MASTERS: RM15,000- RM20,000
PHD: RM20,000- RM30,000
Seriously I've no idea why you guys come out with such status. probably for fun and probably just sharing information on Nilai Hantaran Zaman Sekarang! and personally I don't think it's necessary. Sadly, rata rata wanita yang mengupdate status status ini :(
We, women tidak ternilai harganya. and Mahar itu rezeki, rahsia dan hak masing masing. dan mungkin sesetengah pendapat mengatakan wanita yang baik itu rendah nilai maharnya. Agreed. Tapi tidak salah jika bakal suami itu mampu kerana Nabi SAW telah didatangi seseorang dan bertanya; Aku ingin memberi bakal isteriku dengan sebakul emas dan Nabi SAW menjawab; jika itu yang termampu olehmu, maka berikanlah bakal isterimu itu. Ikut kemampuan.
I'm not an expert and Who am I to judge, I don't have a boyfriend let alone getting married in the near future but Pendidikan itu hak asasi setiap insan yang bernama manusia, it stated in the Quran but if you're saying about pekerjaan Ya! kaum Wanita lebih molek jika duduk dirumah (sill baca kitab kitab untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang ini).
I'm just sad, bila wanita itu dijualbeli menggunakan taraf pendidikan semata mata. sekufu itu luas maksudnya. Sad.
---
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketetapan Allah S.W.T. Allah berfirman;
"Tulislah segala sesuatu yang terjadi"
Maka dia(Qalam) menulis segala sesuatu yang terjadi sampai hari kiamat. lalu Allah memerintahkan para malaikat menulis empat perkara iaitu ajal, rezeki, amal, celaka dan beruntung.
kalau sebab miskin dan tiada duit, itu bukan persoalan pertama. Allah telah berfirman lagi dalam surah an-Nur ayat 32.
"dan kahwinkanlah orang orang yang sendirian di antara kamu dan orang orang yang layak berkahwin dari hamba hamba sahajamu yang laki laki dam perempuan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaanNya. dan Allah Maha Luas PemberianNya lagi Maha Mengetahui"
Rasulullah SAW juga bersabda;
"Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka iaitu seorang mujahid fisabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya"
Mungkin selepas ini, jika di tanya kenapa tidak berkahwin lagi?
"InsyaAllah... semua ini adalah rahmat dariNya Allah SWT" :)
Sorry if this entry tersinggung mana mana pihak, I mean no harm, God knows what will happen when it's my time tapi rezeki itu masing masing dan yakinlah padaNya, insyaAllah :)
PS You (Whoever you are), we'll work things out, insyaAllah, no worries :)
2 comments:
apakah taraf pendidikan melambangkan taraf kebaikan agama seseorang..
kalau ikut taraf kebaikan agama, berbaloi jugak la kot...
kalau ikut taraf pendidikan, takut2 semakin tinggi pendidikan semakin tinggi ego isteri..
p/s: ko baik kan.. mesti ko akan mintak hantaran yg rendah2 kan? (",)
nnti aku bincang dengan (whoever you are) eh. adehhhhhh la fuaddddd oi...
Post a Comment