"La haula wala Quwwata Illah Billah"
suatu hari seorang guru bertanya kepada murid muridnya; "Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?"
seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab "kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak"
"Tapi..." guru itu bertanya lagi
"Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? kenapa dia tidak berbicara secara lembut?"
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik mengikut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata "Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara kedua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak"
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.
Guru masih melanjutkan "Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?"
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimanapun, kedua duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian? Guru itu bertanya sambil memerhatikan murid muridnya.
"Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak, sepatah kata pun tidak perlu diucapkan, sebuah pandangan mata sahaja sudah cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan"
Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak, lebih lebih lagi mengucapkan kata kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita, mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana, kerana waktu akan membantu kita.
Ya Rabb...
Semua datangnya dari Engkau, dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb..Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepadaku. Hanya Engkau Ya Rabb, yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntutlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin.
entry bole didapati di sini
I love you dear sister :)
PS You(whoever you are), I miss you even more...
No comments:
Post a Comment