Friday, August 12, 2011

I won't let go

You guys know who you are :)
Hold my hands, sahabat dunia akhirat
insyaAllah :)
<3

"Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Imam Bukhari dan Muslim)

ps listening to Maher Zain Hold my Hands and dedicating it to all of you :) Salam Jumaat!

Wednesday, August 10, 2011

Mohon Kekuatan dan PetunjukMu


I eavesdropping a conversation between A and B. I could not help but to listen because they were discussing on "How to Cari The One"

"Tidak mahu sakit lagi, nak yang baik baik, nak yang beriman dan yang soleh"

"Tapi diri sendiri tidak lah berapa nak baik dan solehah"

"Tapi suka je tengok orang yang dulu nakal nakal sekarang dah baik, subhanallah"

"Sejuk mata dan hati tengok mereka"
---
I smiled dalam hati, imagine myself saying those words :)

Mungkin ada yang betul, mungkin tidak, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Then I found these;

"Pilihlah pasangan yang sama sama mahu BELAJAR dan MENIMBA PENGALAMAN bersama. Kemudian mahu berubah ke arah kebaikan dan kebahagiaan BERSAMA! Tentu anda bahagia selamanya..."

Baik atau jahat, who am I to judge, itu kerja Allah. lagipun, everyday's a learning process, mahu atau tidak sahaja kita belajar dan berubah bersama :)

Ya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan sebaliknya, tapi kita tidak tahu ianya permulaan atau pertengahan atau pengakhiran, itu semua definisi Allah yang telah tertulis :)

"Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) meraka rasa kasih sayang" (Surah Maryam ayat 96)

"Yang ada Roh Islam"

"Beri bahagia padanya Ya Rabb" :)

ps eh eh eh, kan Rasulullah SAW telah memberi tips on how to look for the one; cari yang (4) ini; harta, keturunan, rupa paras, agama, dan pilihlah agama :)

okay, tak mau pening pening lagi :P

I'm sharing this especially to those yang sedang mencari seperti diri ini, minta Petunjuk dari Allah supaya bertemu dengan insan yang bersama sama ingin menuju RedhaNya :)

Ameen.

xoxo

Awak, nak beli yang ini boleh? creative kan? :)

Tuesday, August 9, 2011

Dimana DIA Dihatiku?

Tangan ini tak reti nak duduk diam, ada saja benda yang nak digodek godeknya.

Tiba tiba terbuka archives drafts, banyak rupanya.

Ada entry yang happy happy, ada yang merepek seperti biasa.

Semuanya telah selamat dibuang.

mungkin tak relevant lagi.

Yang mencurigakan hati ini, terdapat satu entry; Dimana DIA Dihatiku? di antara banyak banyak entry itu.

and I wondered why this entry should be in the draft?

So I looked at the date; 29.05.2011

*diam*

Sewaktu itu, aku cuma ada Allah...Sungguh, aku hanya ada Allah pada ketika itu.

Lord, Give me strength

*diam*
---
29.05.2011

I blog-walking today, I normally don't do that, because I tend to read blogs from friends that I know, but sometimes, once in a while, I guess it's good to read blogs from others, from strangers without having discrimination whether unfavorable or favorable.  

(mungkin waktu ini, aku mencari erti hidup yang sebenar, yang aku tahu ketika itu, what I have now and before could not compare to what I'm looking for...)

Then I found out that most people like me blog on one thing. Perihal Hati. hurm.

 This blog that I blog-walking said that there are 4 types of people in this planet earth.

1. Orang yang berjaya dunia dan akhirat.

2. Orang yang berjaya dunia tetapi tidak di akhirat.

3. Orang yang tidak berjaya di dunia tetapi berjaya di akhirat.

4. Orang yang tidak berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Then she asked, which one do you want to be? It scares the hell out of me when I read those. Kita Khalifah Allah di bumi ini ada tujuannya. dan masa di dunia ini amatlah singkat dan mati itu adalah PASTI.

how do you juggle that?

Demi Masa, Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian...kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan pesan kepada kebaikan dan berpesan pesan dengan kesabaran :)

then I read about most people like me, likes to talk about hati. where's my long lost soul? where should I find it. She blogged something on "Dimana DIA Dihatiku"

Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah memberi pintu hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati! - Imam Al-Ghazali

Allah doesn't have a blackberry or an iPhone, but He's my favourite contact. He doesn't have facebook but He's my best friend, He doesn't have twitter, but I follow Him, and He doesn't have internet but I'm connected to Him...


Walaupun tarikh itu memberi pengertian yang amat mendalam dalam diri ini, ia juga merupakan langkah pertama dalam mencariNya. 

Ya Rabb, pandanglah diri kerdil ini walaupun hanya sekilas pandang. Please do not put Your back on me...Lembutkanlah hati hati kami dalam mencari RedhaMu...

and I hope it's not too late...

Yesterday baby sister asked me, kita sudah hampir 1 per 3 Ramadhan; Rahmat, Pengampunan dan bebas dari Api Neraka, sudahkah kita mendapat Rahmat Allah?

Mari Muhasabah diri, mungkin kita soleh dan solehah di pandangan mata manusia, tetapi bagaimana di sisi Allah?

PS Dimana DIA dihatimu, sayang sayangku?

Friday, August 5, 2011

Ilmu Ikhlas

Terkesan. Aku terkesan dua tiga hari ini. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran ini. Ceramah seorang ustaz ini memberi tamparan hebat kepada diri ini.

Terlalu banyak berita yang aku terima.

Tak keruan. kenapa hati ini tak keruan dua tiga hari ini. Kenapa terlalu banyak persoalan yang membelenggu benak fikiranku ini.

Astagfirullah.
---
Ustaz itu berceramah tentang "Sabar".

"Sabar itu separuh daripada iman. Sabar itu kemenangan. Sabar itu cantik dalaman. Sabar itu membersihkan hati. Sabar itu Syurga Allah"

Aku menundukkan kepala dan sometimes caught myself nodding beberapa kali tanda setuju.

"Sabar! Sabar! Sabar!"

Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati kecil ini, sesungguhnya aku manusia alpha.

Tidak berani untuk mengangkat kepala sehingga ustaz itu menghabiskan ceramahnya. Lantas sewaktu ustaz itu menghabiskan ayatnya tentang Sabar itu berperingkat peringkat dan sabar itu syurga, ada tahap kedua selepas sabar yang perlu dipelajari oleh semua juga.

Aku terkesima. Sabar itu sendiri sudah menguji keimanan. ada tahap kedua selepas sabar?

"Ikhlas"

"Lillahi Taala"

Aku menundukkan kepala sekali lagi. Ilmu Ikhlas memang lebih hebat. Ilmu ikhlas itu memang susah untuk mempelajarinya tetapi tidak mustahil :)

Ironiknya, kedua dua ilmu ini berpunca dari hati.

*diam*

"Syaitan dan Iblis tidak dapat menggoda hamba hambaNya yang Ikhlas" itu jaminan Allah.

Antara sikap sikap negative yang akan menambahkan tompok hitam pada hati; Cepat Marah, EGO, riak, sombong, bercakap dusta, mengumpat, tidak menepati janji...Sifat Sifat Mazmumah

Ilmu Ikhlas ini lebih baik dilakukan tidak terang terangan..

"Ikhlas dalam berkawan..."

"Ikhlas dalam amalan..."

"Ikhlas dalam Amal Makruf Nahi Mungkar"

"Ikhlas dalam menerima teguran"

"Ikhlas dalam menerima musibah; kesenangan dan kesusahan"

"Ikhlas dalam beribadah kepadaNya..."

*diam*

Teringat aku suatu cerita "Ayat ayat Cinta" dimana aku rasa kepuncak cerita itu bukan pada kisah beristeri dua dan bukan juga pada wanita wanita berpurdah yang mempesonakan, ia adalah bilamana Hero cerita itu di masukkan ke dalam penjara dan seorang banduan di dalamnya berkata "Allah sedang berbicara denganmu tentang ilmu Ikhlas ketika ini"

tiba tiba Teringat tentang kisah Nabi Yusuf a.s...

I've read a few articles on blogging, dimana ada yang blog tentang diri sendiri semata, ada yang memberi ilmuan yang berguna, ada juga yang menceritakan tentang kisah orang lain.

Iya rambut sama hitam tapi hati lain lain. Iya Allah Maha Mengetahui.

tapi ketahuilah Wanita itu fitnah dunia.

Dunia itu indah mempesonakan tetapi tidak kekal lama.

*diam*

Teringat aku pada kisah Wanita berkalung Sorban..

Semalam sewaktu duduk di buaian, terdetik dalam hati, indahnya dunia ini, Subhanallah, pasti Syurga Allah itu lebih indah dari ini dan Syurga Allah itu kekal abadi.

Ustaz kata hendak belajar ilmu ikhlas perlu lalui riak dahulu; meaning kita jangan takut untuk tidak ikhlas dalam ibadah sampai tidak melakukan ibadah itu. dan insyaAllah ikhlas boleh terjadi bila mana kita percaya bahawa semua yang terjadi kerana IzinNya(taufik), dan juga kerana mencari RedhaNya :)

Ilmu Ikhlas itu amat meluas, mungkin tidak layak lagi untuk membicarakannya.

rakan rakan, bangunkan aku ketika aku terjatuh...

Marilah muhasabah diri dan betulkan niat kita :)

"Bersangka Baik" :)

"Buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuh badan, baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan, maka ketahuilah daging itu merupakan hatimu"

Jika benar cinta(read: Cinta Agung dan cinta pertengahan) itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah, kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak balikkan, serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang memberi dan memilikiNya, biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya :)

Ya Allah, ajarkan kami semua ilmu ikhlasMu yang mana sanggup kami pikulkan...

Ameen.


Banyakkan selawat ke atas Nabi SAW pada hari Jumaat yang mulia ini, Salam Jumaat! :)

Wednesday, August 3, 2011

Sumpah Janji

" Can a once in a lifetime love, find a second chance? "

Nota kaki;

1. This is merely a tagline untuk satu movie yang akan ditayangkan bulan February tahun hadapan. tiada kaitan antara yang hidup atau yang sudah meninggal dunia mahupun diri ini.

2. Happy Anniversary kepada both two people that matters most in my life. Semoga bertemu kembali di Syurga Allah. I love you guys both, dunia akhirat :)

3. I vow to live within the warmth of your heart. and I promise to never forget, this is once in a lifetime love.

4. "Change our lives forever"

Fall in love, again.

5. How do you look the girl that you love and tell yourself to walk away.

6. I vow to love you and no matter what challenges carry us apart, we will always find a way back to each other.

We are one :)

Tuesday, August 2, 2011

30 Hari Mencari Cinta Ilahi



Al-kisah disebalik lagu diatas. One fine day, I blog walking reading articles from several blogs, and found this one particular blog. Until now, I secretly, viewing, reading that particular blog for one reason; Tenang. 
Penulis blognya seorang wanita, mungkin sebaya. Penulisannya ilmu yang berguna, bahasanya indah dan cantik, all in one, blognya memberi pengajaran dan teladan kepadaku, personally. Terkadang diri ini duduk berjam-jam di hadapan lappy hanya untuk membaca blognya. Terkadang juga diri ini bercerita kepada mama tentang isi kandungan blognya. suka.

Terkadang juga blognya reminds me of; myself. Mungkin sebab itu, aku terlalu suka membacanya. Sambil membaca blognya, lagu ini; Rapuh berkumandang di blognya. mengajak diri ini untuk mengingati Allah. sayu. Terkadang juga diri ini menangis menginsafi kekhilafan diri. Terima kasih si Penulis blog. Until now juga, I remain as only a silent reader, tidak berani untuk menjadi follower apatah lagi untuk memberi komen. biarlah hanya sekadar memerhati, kerana karyanya terlalu menusuk jiwa. Semoga sentiasa berada pada jalanNya, insyaAllah :)

"Detik waktu terus berjalan"

Ya Allah, cepatnya masa berlalu, 1st day of Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. sayu. 


"Marah dengan diri ini kerana tertidur kerana entah apa yang dipenatkan sangat"

"Hanya mampu untuk membaca beberapa helaian muka surat al-Quran sahaja"

"menyalahkan bubur durian dan ais kerana mengakibatkan pening kepala sewaktu solat"

Di bulan yang mulia ini, kita hanya bertarung dengan hawa nafsu kita sendiri, mari kita lihat siapa yang menang? :)

*diam*

"Maafkanlah bila hati, tak sempurna mencintaiMu"

"Mari mencari cinta Ilahi :)"

Allah SWT berfirman;

"dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar benar orang yang beriman" (Surah al-Imran; 175)

"dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga" (Surah Ar-Rahman; 46)

Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia, sejak azali, sejak kita dilahirkan ke muka bumi ini.

menangislah wahai saudara saudaraku, menangisi dosa dosa kita. Bilakah kali terakhir pipi ini dibasahi air mata keinsafan? Bilakah kali terakhir kita menangis kerana Allah? Bilakah kali terakhir kita menangis di tikar sembahyang kerana bertaubat kepadaNya?

*diam*

Ingatlah to every cry of "Oh, God" He'll answer "I'm here" :)

I came across this blog Tanda Tanda Taubat Diterima Allah

Semoga Puasa kita diterima oleh Allah, belum tentu lagi kita akan berjumpa dengan Ramadhan yang seterusnya :(

I'd like to share kelebihan solat Tarawikh malam ke-2 hingga ke-7 :)

Kelebihan solat Tarawikh malam ke-2; diampunkan dosa orang orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawikh serta dosa dosa kedua ibu bapanya.

Kelebihan solat Tarawikh malam ke-3; para malaikat dibawah 'arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawikh itu agar meneruskan solatnya pada malam malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa dosa mereka.

Kelebihan solat Tarawikh malam ke-4; orang orang yang mengerjakan solat Tarawikh akan memperoleh pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang orang yang membaca kitab taurat, zabur, injil dan al-Quran.

Kelebihan solat Tarawikh malam ke-5; Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang orang yang mengerjakan solat di masjid Al-Haram, Nabawi dan al-Aqsa.

Kelebihan solat Tarawikh malam ke-6; Allah SWT akan mengurniakannya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang orang yang mengerjakan Tarawikh pada malam itu.

Kelebihan solat Tarawikh malam ke-7; Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang orang yang rugi dalam mencari Cinta Ilahi :)

Ameen

ps kalau diberi intan dan permata, mana kalian pilih?

Monday, August 1, 2011

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan 1432


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

2:183 O YOU who have attained to faith! fasting is ordained for you as it was ordained for those before you, so that you might remain conscious of God:


Sabda Rasulullah SAW "Akan datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, difardukan oleh Allah kepadamu puasa dalam bulannya, dibuka pintu langit dan dikunci pintu neraka, dirantai akan syaitan, dan Demi Allah terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan" (Riwayat al-Nasai'i dan Baihaqi)

Rukun Islam ke-3; Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan :)

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Sabda Nabi SAW bermaksud"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup" (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Alhamdulillah!as the month of Ramadhan is here, we all get excited awaiting the moment when the azan blares through the speakers marking the beginning of the holy month.

"30 hari mencari cinta Ilahi"

"Sayu"

"Rindu"

"Blessed"

"Let's make the most of this holy month as if it will be the last for us"

Yep, orang yang menutup aurat, solat dan berpuasa tidak semestinya baik, tetapi orang yang baik itu semestinya menutup aurat, solat dan berpuasa :)

"Takutkan Allah kita makin dekat denganNya"

"Subhanallah"

Jangan lupa untuk solat Tarawikh juga; kelebihan solat Tarawikh pada malam pertama;

"Diampuni dosa orang orang yang beriman sebagaimana keadaannya bari dilahirkan"

"Janji Allah itu benar"

"Happy Ramadhan al-Mubarak to all Muslim in the world, family and friends, minta maaf semua semua for I'm not a perfect person"

Mari melipat gandakan amalan :)

"Semoga kita mendapat keberkatan Allah pada bulan yang mulia ini"

Ameen.

ps Sheikh Ali Soleh is coming to town again insyaAllah this Ramadhan. Yey!

Happy Fasting! :)