Tuesday, August 2, 2011
30 Hari Mencari Cinta Ilahi
Al-kisah disebalik lagu diatas. One fine day, I blog walking reading articles from several blogs, and found this one particular blog. Until now, I secretly, viewing, reading that particular blog for one reason; Tenang.
Penulis blognya seorang wanita, mungkin sebaya. Penulisannya ilmu yang berguna, bahasanya indah dan cantik, all in one, blognya memberi pengajaran dan teladan kepadaku, personally. Terkadang diri ini duduk berjam-jam di hadapan lappy hanya untuk membaca blognya. Terkadang juga diri ini bercerita kepada mama tentang isi kandungan blognya. suka.
Terkadang juga blognya reminds me of; myself. Mungkin sebab itu, aku terlalu suka membacanya. Sambil membaca blognya, lagu ini; Rapuh berkumandang di blognya. mengajak diri ini untuk mengingati Allah. sayu. Terkadang juga diri ini menangis menginsafi kekhilafan diri. Terima kasih si Penulis blog. Until now juga, I remain as only a silent reader, tidak berani untuk menjadi follower apatah lagi untuk memberi komen. biarlah hanya sekadar memerhati, kerana karyanya terlalu menusuk jiwa. Semoga sentiasa berada pada jalanNya, insyaAllah :)
"Detik waktu terus berjalan"
Ya Allah, cepatnya masa berlalu, 1st day of Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. sayu.
"Marah dengan diri ini kerana tertidur kerana entah apa yang dipenatkan sangat"
"Hanya mampu untuk membaca beberapa helaian muka surat al-Quran sahaja"
"menyalahkan bubur durian dan ais kerana mengakibatkan pening kepala sewaktu solat"
Di bulan yang mulia ini, kita hanya bertarung dengan hawa nafsu kita sendiri, mari kita lihat siapa yang menang? :)
*diam*
"Maafkanlah bila hati, tak sempurna mencintaiMu"
"Mari mencari cinta Ilahi :)"
Allah SWT berfirman;
"dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar benar orang yang beriman" (Surah al-Imran; 175)
"dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga" (Surah Ar-Rahman; 46)
Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia, sejak azali, sejak kita dilahirkan ke muka bumi ini.
menangislah wahai saudara saudaraku, menangisi dosa dosa kita. Bilakah kali terakhir pipi ini dibasahi air mata keinsafan? Bilakah kali terakhir kita menangis kerana Allah? Bilakah kali terakhir kita menangis di tikar sembahyang kerana bertaubat kepadaNya?
*diam*
Ingatlah to every cry of "Oh, God" He'll answer "I'm here" :)
I came across this blog Tanda Tanda Taubat Diterima Allah
Semoga Puasa kita diterima oleh Allah, belum tentu lagi kita akan berjumpa dengan Ramadhan yang seterusnya :(
I'd like to share kelebihan solat Tarawikh malam ke-2 hingga ke-7 :)
Kelebihan solat Tarawikh malam ke-2; diampunkan dosa orang orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawikh serta dosa dosa kedua ibu bapanya.
Kelebihan solat Tarawikh malam ke-3; para malaikat dibawah 'arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawikh itu agar meneruskan solatnya pada malam malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa dosa mereka.
Kelebihan solat Tarawikh malam ke-4; orang orang yang mengerjakan solat Tarawikh akan memperoleh pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang orang yang membaca kitab taurat, zabur, injil dan al-Quran.
Kelebihan solat Tarawikh malam ke-5; Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang orang yang mengerjakan solat di masjid Al-Haram, Nabawi dan al-Aqsa.
Kelebihan solat Tarawikh malam ke-6; Allah SWT akan mengurniakannya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang orang yang mengerjakan Tarawikh pada malam itu.
Kelebihan solat Tarawikh malam ke-7; Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.
Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang orang yang rugi dalam mencari Cinta Ilahi :)
Ameen
ps kalau diberi intan dan permata, mana kalian pilih?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment