Terlalu banyak berita yang aku terima.
Tak keruan. kenapa hati ini tak keruan dua tiga hari ini. Kenapa terlalu banyak persoalan yang membelenggu benak fikiranku ini.
Astagfirullah.
---
Ustaz itu berceramah tentang "Sabar".
"Sabar itu separuh daripada iman. Sabar itu kemenangan. Sabar itu cantik dalaman. Sabar itu membersihkan hati. Sabar itu Syurga Allah"
Aku menundukkan kepala dan sometimes caught myself nodding beberapa kali tanda setuju.
"Sabar! Sabar! Sabar!"
Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati kecil ini, sesungguhnya aku manusia alpha.
Tidak berani untuk mengangkat kepala sehingga ustaz itu menghabiskan ceramahnya. Lantas sewaktu ustaz itu menghabiskan ayatnya tentang Sabar itu berperingkat peringkat dan sabar itu syurga, ada tahap kedua selepas sabar yang perlu dipelajari oleh semua juga.
Aku terkesima. Sabar itu sendiri sudah menguji keimanan. ada tahap kedua selepas sabar?
"Ikhlas"
"Lillahi Taala"
Aku menundukkan kepala sekali lagi. Ilmu Ikhlas memang lebih hebat. Ilmu ikhlas itu memang susah untuk mempelajarinya tetapi tidak mustahil :)
Ironiknya, kedua dua ilmu ini berpunca dari hati.
*diam*
"Syaitan dan Iblis tidak dapat menggoda hamba hambaNya yang Ikhlas" itu jaminan Allah.
Antara sikap sikap negative yang akan menambahkan tompok hitam pada hati; Cepat Marah, EGO, riak, sombong, bercakap dusta, mengumpat, tidak menepati janji...Sifat Sifat Mazmumah
Ilmu Ikhlas ini lebih baik dilakukan tidak terang terangan..
"Ikhlas dalam berkawan..."
"Ikhlas dalam amalan..."
"Ikhlas dalam Amal Makruf Nahi Mungkar"
"Ikhlas dalam menerima teguran"
"Ikhlas dalam menerima musibah; kesenangan dan kesusahan"
"Ikhlas dalam beribadah kepadaNya..."
*diam*
Teringat aku suatu cerita "Ayat ayat Cinta" dimana aku rasa kepuncak cerita itu bukan pada kisah beristeri dua dan bukan juga pada wanita wanita berpurdah yang mempesonakan, ia adalah bilamana Hero cerita itu di masukkan ke dalam penjara dan seorang banduan di dalamnya berkata "Allah sedang berbicara denganmu tentang ilmu Ikhlas ketika ini"
tiba tiba Teringat tentang kisah Nabi Yusuf a.s...
I've read a few articles on blogging, dimana ada yang blog tentang diri sendiri semata, ada yang memberi ilmuan yang berguna, ada juga yang menceritakan tentang kisah orang lain.
Iya rambut sama hitam tapi hati lain lain. Iya Allah Maha Mengetahui.
tapi ketahuilah Wanita itu fitnah dunia.
Dunia itu indah mempesonakan tetapi tidak kekal lama.
*diam*
Teringat aku pada kisah Wanita berkalung Sorban..
Semalam sewaktu duduk di buaian, terdetik dalam hati, indahnya dunia ini, Subhanallah, pasti Syurga Allah itu lebih indah dari ini dan Syurga Allah itu kekal abadi.
Ustaz kata hendak belajar ilmu ikhlas perlu lalui riak dahulu; meaning kita jangan takut untuk tidak ikhlas dalam ibadah sampai tidak melakukan ibadah itu. dan insyaAllah ikhlas boleh terjadi bila mana kita percaya bahawa semua yang terjadi kerana IzinNya(taufik), dan juga kerana mencari RedhaNya :)
Ilmu Ikhlas itu amat meluas, mungkin tidak layak lagi untuk membicarakannya.
rakan rakan, bangunkan aku ketika aku terjatuh...
Marilah muhasabah diri dan betulkan niat kita :)
"Bersangka Baik" :)
"Buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuh badan, baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan, maka ketahuilah daging itu merupakan hatimu"
Jika benar cinta(read: Cinta Agung dan cinta pertengahan) itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah, kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak balikkan, serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang memberi dan memilikiNya, biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya :)
Ya Allah, ajarkan kami semua ilmu ikhlasMu yang mana sanggup kami pikulkan...
Ameen.
Banyakkan selawat ke atas Nabi SAW pada hari Jumaat yang mulia ini, Salam Jumaat! :)
2 comments:
Allah tidak melihat rupa paras manusia.. tetapi Allah melihat akan hati2 manusia..
sekecil2 amalan yg baik dengan niat yg betul, memungkinkan datangnya kesukaan Allah dan berolehnya syurga..
diri ini juga sebenarnya sedang bersabar utk dapat makan nasi minyak.. (",)
eh eh eh si Fuad ni..orang cerita lain dia jawab lain :P
PS ikhlas fuad, ikhlas dalam sabar :P hihihihi gurau je :P
Post a Comment