Thursday, June 30, 2011

Rahsia Allah

"Andainya kau adalah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku dan hatimu. Itu janji Allah, akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu..."

It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone and it takes a lifetime to forget someone

"Indeed"

Allah berfirman "Aku menurut sangkaan hamba kepadaKu, dan aku bersamanya apabila dia ingat kepadaKu. Jika dia ingat kepadaKu dalam kelompok orang orang yang lebih baik dari kelompok mereka, Jika dia mendekatkan kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta, Jika dia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari lari kecil" (Sahih Bukhari)

Cintailah Allah dan Allah akan memelihara cinta yang tersulam indah sesama manusia :)

"Ya, Tulang Rusuk takkan tertukar"


Wahai Hati, cukup cukuplah engkau merepek meraban ok, please? Thank you :)

Isra' Mi'raj



**This entry was meant for yesterday but I wasn't feeling well and sorry auntie auntie for the inconvenience I caused yesterday :(
---
Istimewanya tanggal 27 Rejab ialah detik dan saat yang sangat bermakna bagi umat Islam seluruh dunia; Isra' Mi'raj. 

Firman Allah SWT bermaksud "Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah Al-Israk, ayat 1)

Sebelum berlakunya Isra' Mi'raj, Rasulullah saw diuji dengan pemergian dua insan yang paling dikasihi; isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.

Kekasih Allah itu kemudiannya "dihiburkan" oleh Allah SWT dengan Isra' Mi'raj dan seterusnya diizinkan berhijrah ke Madinah sehingga berjaya membina Daulah Islamiah :)

Isra' Mi'raj itu;

1. Isra'; Perjalanan malam daripada Masjid- Al-Haram di Makkah ke Baitul Maqdis di Palestin.

2. Mi'raj; Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.

Intisari dari peristiwa ini terkandung dalam solat 5 waktu sehari semalam sebagai penghubung untuk kita berdialog dengan Allah SWT. Ketika itu Rasulullah berjumpa dengan Nabi Musa, dan Nabi Musa menyuruh Rasulullah untuk meminta kurang dari 50 kali ke 5 kali.

Solat 5 waktu; masihkah kita tidak mampu untuk mengerjakannya? Ketahuilah bahawa Nabi ketika itu amat malu untuk meminta kurang dari Allah. Adakah benar, umatnya memang tidak mampu untuk sujud dan solat 5 waktu kepada Allah?

Setelah 9 kali Rasulullah merayu, akhirnya Allah memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Subhanallah. Allah itu Maha Pengasih.

Isra' Mi'raj juga menguji keimanan umat Islam pada ketika itu dan ketika kini. "Beriman" kepada Allah bermaksud, tidak percaya melalui akal fikiran yang terbatas, tetapi percaya dengan ini *ambil tangan kanan dan letakkan di hati*

Terdapat peristiwa peristiwa yang simbolik yang ajaib Nabi lihat ketika Isra'; (dari iluvislam.com)


01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Terdapat banyak himpunan cerita cerita yang menarik berkaitan Isra' Mi'raj ini. Dengan menghayati peristiwa penting ini, kita perlu ambil iktibar bahawa Baitul Maqdis Palestin merupakan bermulanya Mi'raj Nabi dan terdapat kiblat pertama umat Islam (Masjid Al-Aqsa)
Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama sebelum ia dipindahkan ke Masjid Al-Haram di Makkah. 
Masjid Al-Aqsa juga merupakan masjid yang ke 2 di bangunkan di muka bumi dan masjid yang ke 3 suci di aqidah umat Islam. 
InsyaAllah dengan menghayati peristiwa penting ini dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah.


Itulah Mukjizat Rasulullah dan tanda Kekuasaan dan Kebesaran Allah.


 Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".


"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan Baginda Rasulullah dan Ramadhan pula bulan umatnya"


"Marilah melipat gandakan amal Ibadat"
Semoga kita Istiqamah dalam menjalankan amal Ibadat sepanjang tahun, bukan dalam 3 bulan ini sahaja. Ameen. 

Sunday, June 26, 2011

Cinta dalam Diam

"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma, Wa jamaah baina kuma fee khair" "Barakaallah hu lakuma wa baraka alikuma, Wa jamaah baina kuma fii khair"

"Tersenyum melihat keadaan di sekeliling" "kawan kawan yang sedang berbahagia" "Dalam Hati, Tuhan sahaja yang tahu"

"Ah! tak apa, cukuplah Allah bagiku..."

"Tenang" "Bahagia"

Tetapi bukan pernikahan itu fitrah dan sunnah. Allah berfirman;

"Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan RahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan" (Surah al-Rum, ayat 21)

Allah juga berfirman;

" Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezekiNya . Dan Allah Maha Luas PemberianNya dan Maha Mengetahui" (Surah al-Nur, Ayat 32)

Perkahwinan itu suatu Ibadah. Ia akan membawakan kepada ketenteraman dan ketenangan jiwa. Allah telah berfirman;

"Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya" (Surah al-Araaf, ayat 189)

"Rasulullah juga suka melihat umatnya yang ramai di atas dasar pernikahan yang sah" :)

Sesungguhnya tidak ada siapa siapa dalam hati ini. Terkadang rasa rindu dan cinta, cuma tidak tahu pada siapa...

"I know you are out there, somewhere..."

Whoever you are, whenever you are, where ever you are, I hope you're doing fine, I hope that you tengah meningkatkan keimanan kepadaNya, I hope you love Allah more than anything in this world...

Whoever you are, whenever you are, where ever you are, this one is for you :)
---
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
---
"Rabbi hablii milladunka zaujan (zaujatan) thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah" :)

Ertinya; Tuhan kami, berikanlah kami pasangan (suami/isteri) yang terbaik dari sisiMu, pasangan yang juga menjadi sahabat kami dalam urusan agama, dunia dan akhirat :)

Ameen.
dalam diam, ada kekuatan :)
Cukuplah cinta dalam diam, dari kejauhan, dengan keserdahanaan, maka cintalah dengan keikhlasan, pilihan Allah itu yang terbaik :)

Friday, June 24, 2011

Wanita Solehah

"Dunia ini perhiasan dan secantik cantik perhiasan di dunia ini adalah Wanita Solehah"

"Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali"

Subhanallah

*diam*
---
I love reading about Women. I could not explain why, but most probably because I am too a woman.

Last Sunday We sent Wanie back to school at KKB. When we reached her school, she called me.

"Sister, I know you wanted to learn to dress accordingly to Islam, here's a book that will teach you how, the words are simple according to your understanding"

"I smiled and thanked her. I always look up to her, somehow, she has the ability to give advices in a way that soothes you.  She's good at it. but the way I look at this, if you're the one who is receiving advices, whether you are right or wrong, whether you know or you don't, terima dengan hati yang terbuka. You'd probably already know and Alhamdulillah, you're doing it, take it as ilmu".

I looked at the book. the book is called "Tabarruj". I flipped through, font 12, 79 pages. At the back of my head, I think I know the answer but to make sure I asked her "Wanie, Tabarruj, hukumnya?"

"Haram"
---
On the way back, mama asked me to drive slowly since it was already dark outside.

Things were running through my head at that time;

"I already know the hukum but yet I still commit sins"

"I wear Hijab when I was in Matrix, I was being forced by the Matrix to wear it and Alhamdulillah until now I am still wearing it, but what happen before? after? in between that?"

*diam*
---
"Tabarruj" ialah mendedahkan kecantikkan rupa paras, sama ada kecantikkan itu dibahagian muka atau di anggota anggota badan. seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikkan rupa parasnya oleh yang demikian, Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (Tabarruj).

Terlalu banyak pengertian untuk Tabarruj; rupa paras, rambut, perhiasan, suara, wangi wangian, make up...

Allah berfirman;

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya kecuali kepada suaminya atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera putera mereka, atau putera putera suami mereka, atau saudara saudara mereka, putera putera lelaki mereka, atau putera putera saudara perempuan mereka, atau wanita wanita Islam, atau budak budak yang mereka miliki, atau pelayan pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang orang yang beriman supaya kamu beruntung"  (Surah An-Nur: Ayat 31)

Natijahnya daripada ini pula Allah Subhanahu Wata'ala tidak ketinggalan untuk memerintah kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara perkara yang diharamkan. FirmanNya:

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka memelihara (menahan) pandangan dan memelihara kemaluannya..."   (Surah An-Nur; Ayat 30)

" Janganlah kamu semua menghampiri  perbuatan zina..." (Surah Al-Isra'; Ayat 32)


Setiap kejadian dari pandangan
bagaikan kebakaran dari serpihan
banyak kerlingan menikam kalbu
kalbu ditikam tanpa panahan
selagi manusia mengikut perasaan
bahaya dihadapan tidak kesedaran
relakan bencana datang melanda kemuliaan
usah disambut andai datang membawa kehancuran
---

Bertudung kepala dan berpakaian menutup aurat adalah di antara lambang wanita Islam. bukan tanda kekolotan atau ketinggalan zaman.

Allah berfirman:

"...dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang yang zalim" (Surah Qasas: Ayat 50)

dan ada pula siksaan yang lebih dahsyat akan diberikan kepada wanita terpelajar andainya mereka tidak menghayati apa yang mereka pelajari. Allah berfirman;

"Kecelakaan yang besarlah bagi tiap tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa. Dia mendengar ayat ayat Allah yang dibacakan kepadanya, kemudian dia tetap menyombong dan seakan akan dia tidak mendengarnya; Maka beri khabarlah dia dengan azab yang pedih".  (Surah Jathiyah; Ayat 7-8)

*diam*

dan ada pula golongan yang berpendapat bahawa Allah tidak memaksa sesiapa malahan memberi kuasa kepada manusia untuk memilih. Jika ada syariat Islam yang sesuai dengan kehendaknya, boleh dikerjakan. jika tidak ada, bole ditinggalkan begitu sahaja. Allah berfirman;

"...Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pula hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksaan yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu lakukan" (Surah Al-Baqarah: Ayat 85)
---
Sekian lama sudah kita meraba di dalam kegelapan. Marilah kita semua bertaubat. Dorangan daripada para suami dan ibu bapa adalah penting.

Allah berfirman;

"Kecuali orang orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan salih, maka mereka itu, kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebajikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Al-Furqan; 70)

"Kaum Wanita adalah paling senang untuk memasuki Syurga Allah"

"Solat 5 waktu, berpuasa dan mentaati suami"

Tetapi kaum wanitalah juga yang banyak terdapat di dalam Neraka Allah. Nauzubillah.

Rasulullah menangis menyaksikan "Wanita Dalam Neraka"  dalam perjalanan Isra' Mi'raj yang ada kaitan dengan penghuraian "At-Tabarruj"
---

I refused to write it down because it's the scariest thing I've ever read.

"Wanita itu fitnah dunia"

*diam*

*crying*

To my beloved readers, I mean no harm. I did not mean to insult anyone nor pinpoint anybody in this entry. This is merely my story and things I'd like to share. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Penulis ini sendiri.

Dear Wanita wanita beriman, I love you guys so much, that is why I write this. "Don't Waste Your Pretty", Afterall, our bodies are borrowed from Allah and borrowed things have to be returned, accordingly.

Ambillah jiwa yang suci
lengkapkan pula budi pekerti
tidak kebahagiaan di rupa paras
tapi berbahagia di jiwa yang murni!


**Peringatan untuk diri sendiri, mari perbaiki diri, insyaAllah. Mari menjadi Wanita Solehah yang dicintai oleh Allah :)

**Thank You Wanie, for the book, May God bless you :)

Tuesday, June 21, 2011

Happy Father's Day!

Last Sunday (19th of June 2011) was Father's Day to some countries like Malaysia. We, technically did not celebrate father's day that day due to "wedding invitations-in-a-row, sending off baby sister back to school and oh! just a lazy Sunday to begin with" :P

---
I went to pick up my Mother's Day Contest present the other day when I asked the girl at the counter whether they do have Father's Day Contest as well?

"No"

I made a face. A sad one. and that was exactly the look at my Dad's face when I showed him the present and he asked the same question; "What about Father's Day Contest?"

---
"Kasih Ibu bawa ke syurga, kasih Bapa kekal abadi"

"Your Mother, Your Mother, Your Mother, after that, Your Father"

"Paradise lies at the feet of mothers"

But we must remember the heavy duty of a father/ future fathers and all Muslims:

"Wahai orang orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka yang selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" - (At- Tahrim; 6)

Once, an Iman used to cry when he recited this ayat during prayers.

"Menjadi Iman kepada orang orang yang bertaqwa"

*diam*

My Daddy has been the strongest in the family. He did not cry when we all were crying and cried when we all succeed.

Sometimes I wonder, where could I find someone like him in this world?

You're not perfect Daddy dear, no one is, but you're the closest to one.

I love you Daddy dear, and I know, you know that we love you.

He always said "I just want you all(my children) to be a good Muslim, and that's all I'm asking"

Show some love people to the only Man who is always there and forgive him if he's not, may everyday is Father's Day then :)

A dad is not merely the financial source of the family, he is so much more...

Yesterday, we wanted to make Karipap for him, instead we made Murtabak and we hope you'd love it and put a smile on your face :)

"Engkau sayangilah mereka(ibu bapa) sebagaimana mereka menyayangi aku sewaktu aku kecil hingga dewasa, Ya Allah"

"Thank You for everything"

Saturday, June 18, 2011

My Prayers will always be with you

" Buat awak yang mahu berubah, berubahlah walaupun payah, berubahlah ke arah hidup yang lebih indah, hidup dan masa muda sekali cuma, sanggup nak sia-siakan tanpa RedhaNya?" - Hlovate

"Jangan Bertangguh"

"Jangan Malu"

"Don't give up hopes"

Indeed, amal makruf nahi mungkar, tanggungjawab kita bersama. This is not because we're good enough, not because we're better off than anybody, not because you nor I, it is because us, it is because we love each other, as much as we laugh and hanging out together here in this world, We'd like to meet in Paradise(Syurga Allah) di akhirat kelak, insyaAllah.

We're family, kita adik beradik, we're best friends in this world, mahukah kita menjadi satu keluarga bahagia, adik beradik dan kawan sejati juga di Syurga Allah?

Syurga Allah sangat indah tak terkata, mahukah kita semua masuk ke dalamnya?

Janji Allah itu benar. Syurga, Neraka itu benar, Azab kubur itu benar. Setiap orang dalam dunia ini akan mati itu PASTI.

*diam*

"Nothing is impossible, mari perbaiki diri"

"Beringat ingatlah sesama kamu kerana manusia ini mudah lupa dan alpha"

dalam menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran kita semua haruslah mempunyai:


  • Ilmu; dalam mengejar ilmu dunia yang selalu di ibaratkan dengan hanya setitik air di lautan, marilah kita pelajari ilmu Allah; magrifatullah, ilmu Rasul kita, ilmu Islam.
  • Ikhlas kerana Allah s.w.t
  • kasih sayang
  • sabar dan tenang
  • menasihati diri sendiri.


Pertamanya mendapat Hidayah Allah, keduanya Istiqamah dalam mengerjakan amalan.

HidayahNya adalah Hak Allah, kita harus berdoa dan meminta untuk perolehinya. Berdoalah tanpa rasa jemu kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pemberi.

**Terima kasih buat teman teman dan semua semua yang senantiasa menegur diri ini, dan mengajak ke arah kebaikan, semoga mendapat RedhaNya. Do not give up on me, please.

Syurga di dunia ini ada, jangan risau, Syurga Dunia; Solat. InsyaAllah akan peroleh ketenangan.

...looking back, sudah suku abad hidup di dunia ini...

"Apabila ada seseorang diantara kamu mencintai sahabatnya , maka hendaklah kamu memberitahunya" (R. Abu Daud)

"Dalam sesuatu perubahan itu, ada manisnya, InsyaAllah"

"Seimbang"

"Sederhana"

"Kerana Allah" "Kerana Allah" "Kerana Allah"

because today I love you so much, my prayers will always be with you :)

Wednesday, June 1, 2011