Selalunya bila umur dah capai 24 tahun, dah rasa sikit asam garam hidup, pahit manis suma suma sudah biasa-tak-biasa ditelan, sudah pergi merantau jauh ke negara/negeri orang, sudah gaul dengan peringkat peringkat jenis manusia pasti ada lah tak kurang satu atau dua prinsip hidup yang dipegang:
1. Buat baik BERPADA-PADA, buat jahat JANGAN sekali.
2. Sampai bila bila, Family always first.
Prinsip no. 1 banyak lah orang yang salah tafsir in the sense, buat jahat jangan sekali? meaning, dua tiga kali even sejuta kali pon boleh lah? tapi jika kau fikir elok elok dan pergi kedai beli or selongkar buku sekolah SPM Bahasa Melayu kau, kau pasti tahu maksud yang betul-betul bagi prinsip pertama ini, jelas tidak payah di xplain. tiada pon tersirat-tersurat. Senang sahaja, buat baik berpada pada, bukan suruh kau buat baik sampai kene pijak dengan semua lapisan masyarakat. berpada pada lah. In the end, kau juga yang tak sakit hati. Buat jahat jangan sekali, mahu tak mahu dilayan elok/direspect di muka bumi ini jangan lah berbuat jahat, sampai ke lubang cacing pon kau akan dibenci. orang kata, buat baik di balas baik buat jahat? kau sendiri lah yang teka.
Bila kau berbuat baik dengan manusia lain, kau akan dilayan baik, bila kau berbuat jahat dengan manusia lain, kau jangan pula salahkan siapa siapa bila kau di balas jahat. Tapi semua tak semudah itu kan? bila kau sudah berbuat baik pijak semut pon tak mati, kau masih dilayan jahat apa perlu kau buat? berbuat jahat juga? bukan nnti kau sama sahaja dengan mereka mereka yang berbuat jahat? saja nk berbalas balas? kau bukannya Hakim Negara senang senang hendak jatuhkan hukuman keatas setiap manusia. Obviously kau bukan Tuhan nak letakkan siapa jahat masuk neraka, siapa baik masuk syurga. Kalau nasib kau baik, Tuhan balas 'cash' sahaja ke atas mana mana manusia yang berbuat jahat di muka bumi ini. Karma, tak siapa boleh jangka. masa itu kau boleh senyum lebar sambil melihat sahaja dan muhasabahkan diri anda. Sepandai pandai tupai melompatlah... Hendak seronok seronok sekali sekala itu belakang cerita.
Yang kedua ini lagi jelas dan nyata. contradiction betul bila famili always first tapi turun tempat kedua dalam prinsip hidup. Dalam situasi di mana kau kene pilih between famili and frens, famili dan tempat kerja, famili dan mana mana pihak tertentu, fikir waras waras dan utamakan lah famili anda. bukan apa, bila kau susah pon famili kau yang banyak tolong, bukan siapa siapa. Dalam hal ini tak payah lah selfish sangat. Berkat dengar kata orang tua, ibu bapa, kau sendiri sahaja yang akan rasa nikmatnya nnti kelak. insyaAllah.
In the meantime, dua prinsip ini lah yang dipegang sampai bila bila, sampai mati untuk hidup dalam sanity di muka bumi ini. ragam orang macam macam, tak boleh dijangka. Life is bitter, jangan kau bitter kan lagi dengan perangai kau yang macam macam tapi jangan risau, dalam bitter bitter life itu ada manisnya.
Friday, October 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment