Hari ini kami sekeluarga ke KKB. Kami ke sana dengan dua tujuan; menghadiri majlis khatam Al-Quran dan membawa pulang barang barang keperluan baby sister.
"Perasaan bercampur aduk"
"Alhamdulillah, syukur"
"Hiba"
"Terharu"
"Tenang"
Bertemu dengan orang orang yang memartabatkan Al-Quran, ibu bapa yang senantiasa berada di belakang hafizah hafizah ini, guru guru serta tenaga pengajar yang gigih mendidik.
words could not express how I felt inside. begitu tenangnya aku bertemu orang orang sebegini, begitu ku melihat kecekalan di raut wajah pelajar pelajar ini yang memartabatkan Al-Quran.
"Sayu"
Terima kasih ya Allah kerana memberi kesempatan kepada diri ini untuk bersama sama berada dalam majlis yang penuh keberkatanMu.
Then I remembered something;
Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Semoga insan insan terpilih ini yang memartabatkan Al-Quran, segala urusannya di mudahkan Allah bila mana Al-Quran sentiasa di dalam hati.
Semoga kita mengambil iktibar untuk memartabatkan Al-Quran juga.
Ramadhan is coming, mari khatam Al-Quran sayang sayang :)
Semoga insan insan terpilih ini mendapat Syurga Allah di akhirat kelak.
Tempat itu turut memberi ketenangan kepadaku walaupun I'm only sending and dropping baby sister off.
Semoga usaha usaha sebegini banyak berlaku di Tanah Tumpah Darahku dan justeru itu mendapat keberkatan dari Allah sentiasa.
"Ameen"
2 comments:
salam ramadhan.. tak sabar nak berada di bulan Ramadhan..
rugi rasanya kalau tak dapat baca quran hari2 kan..
Salam Ramadhan Fuad :) semoga kita rebut peluang Ramadhan kali ini and treat it like the last Ramadhan for us.
Yep, mari khatam Al-Quran, insyaAllah :)
Post a Comment