Tuesday, April 12, 2011

One is better than two

Bagai terpanggil panggil untuk menulis tentang lelaki-perempuan.
Terasa macam budak sekolah yang pergi ke Girls' school only, cheerleader yang selalu tersenyum menyorak pasukan bola sekolah dan BFF yang duduk having girls' talk sambil menyirup a cup of coffee.

Cliche-nya orang kata, kaum laki-laki ini gagah fizikalnya dan dalamannya. kaum laki laki tidak boleh menangis buruk rupanya. kaum laki laki itu, kaum laki laki ini. Personally I think it's OK to weep and cry a little, after all, men are human beings too. We are all have feelings.

Frankly speaking, I like reading articles on Guys. but up until now, I have zero knowledge on them, makin clueless ada lah! Been keeping this entry in draft for a week, and I guess I'd like to share with you guys. came across this article a week ago also and love-ing it. Oh! I love reading on  how guys will go head over hills over a girl he loves. seeing them go crazy reminded me how crazy love could be.
---

Dia sedang duduk mencangkung, di tangan kanannya tersisip rokok Marlboro Merah, masih menyala, sentiasa ada asap kelihatan terlepas dari hujung rokok itu. Di tangan kirinya, ada seberkas rumput. Hujung rumput itu diselaputi tanah, ada kelihatan akar berselirat pada gumpalan tanah yang melekat itu.

Cabut rumput ke San?”, aku berbasa basi. Dia buat bodoh, matanya masih pada rumput-rumput itu. Dibuangnya rumput yang digenggamnya tadi ke belakangnya, di situ, ada timbunan rumput lain. Habis saja mencabut seberkas rumput lain, dan membuangnya ke timbunan rumput tadi, dia berhenti. Rokok yang tersisip di celahan jarinya tadi, beralih tempat, kini di celahan bibirnya pula. Hitam saja warna bibirnya itu.

Woi San!! Cabut rumput ke??!”, aku jerit sikit, bagi dia dengar. Kemudian, dia selak rambut gondrongnya, terserlah headphone yang mendiam di telinganya. “Cilake kau San!”, aku terjerit kecil.

Apa dia tadi?”, dia pandang aku, bertanya sekaligus menanggalkan sedikit headphonenya. “Aku tanya, kau dah kahwin ke belum!!!”, aku beliakkan mata, niat memerlinya tadi jadi perkara lain pula. “Shit, aku dah salah tanya soalan.”, gumam aku dalam hati.

Hasan diam. Dia teruskan mencangkung. Dia cuma memakai seluar pendek berwarna putih, cukup-cukup menutupi lutut, itupun kalau dia berdiri, tapi sebab dia mencangkung sekarang, pahanya terdedah. Di tubuhnya, disarung baju warna hitam bertintakan Led Zeppelin. Aku senyum, mamat ni dengan Led Zep memang tak lari. Dia teruskan aktivitinya, dan aku cuma diam, terkedu dengan kesalahan sendiri.

Lebih kurang 10 minit dia diam, dan selama itu jugalah aku tak berganjak dari tempat aku. Menunggu lelaki yang lebih tua 5 tahun dari aku ini memulakan bicara, pe’elnya memang begini, diam kalau ada apa-apa yang mengganggu jiwanya, maka itu aku tunggu dia cakap dulu.

Im..”, mulutnya mula terbuka, tapi sikit saja, sebab dibibirnya masih tersisip rokok, rokok yang baru dinyalakan tadi, “Cinta ni kan Im, macam rumput inilah.”. Jari telunjuknya dikeluarkan dari genggamannya, seraya menunjukkan rumput yang meninggi, lebih tinggi berbanding rumput-rumput lain. “Dia bila dah tinggi mencanak macam ni, susah nak cabut Im, susah..”, nadanya jadi bergetar.

Kau try cabut sini kalau tak percaya”. Dia panggil aku dengan jemarinya yang seakan menari. “Ok!”, aku jerit kecil. Sampai di depan rumput tu, aku pandang Hasan, mata aku bagi isyarat, “Ini je San?”, dia cuma angguk dan lemparkan aku senyum sinis, wajahnya tak berapa jelas sebab ditutup asap rokok. Aku cangkung, dan cuba cabut, tak dapat, dia gelakkan aku. Aku cuba lagi, gagal lagi, dan diketawakan lagi. 5 kali aku cuba, 5 kali aku gagal, dan 5 kali aku diketawakan. Aku pasrah.

Kau boleh cabut Im”, dia kata lepas habis gelak. “Tapi kau kena pakai cangkul itulah”. Dia tunjukkan cangkul yang terbaring di tepi jalan bertar dekat rumah kami. Ke arah kanan, jalan bertar itu memanjang ke atas bukit, selepas melepasi dua buah rumah lagi sebelum berselirat menuju kampung-kampung lain. Ke arah kiri pula, ianya mendatar, melepasi beberapa buah rumah, sebuah gerai kecil milik jiran, dan terus membawa penggunanya keluar ke pekan.

Aku ambil cangkul itu, dan tak sampai 5 minit, rumput yang tadi megah berdiri mengatasi rumput-rumput lain bersemadi di genggaman aku. Aku senyum, puas. Tak sedar yang aku sedang membahu cangkul yang beratnya beberapa kilogram. Kepuasan mengatasi segalanya. Heh.

Hasan cuma senyum. Dia duduk di atas tanah bekas rumput tadi. Dia pandang aku yang sedang berdiri, dibibirnya sudah lekang dari rokok, kerana rokok tadi, mendiam pula dicelahan jemarinya. Tak habis-habis dengan rokoknya, dengan Led Zepnya, bisik hati aku. Aku lihat Hasan cuma senyum, sinis.

Kau tengok rumput tu, ada akar tak”, aku belek-belek rumput di genggaman aku ni bila dia cakap macam tu, lepas tu aku geleng kepala. “Sebab itulah aku cakap, cinta ni macam rumput Im”. Hasan mula duduk dengan betul, ditepuk-tepuk bontotnya, digagau-gagau pula poket tepi kirinya, kemudian dia keluarkan sebatang lighter dan sebatang rokok lain. Hujung rokok dan lighter tadi dicumbu, sesaat saja, dan rokok tadi menyala. Tanpa lengah, dicucuh pula bibirnya dengan rokok itu.

Kau tahu, bila kau cabut rumput tu, tanpa akar, rumput tu akan tumbuh balik”, dia mula bercakap dengan rokok disisip pada bibir, “Macam juga cinta, kalau kau cabut perasaan cinta kau tu, tanpa kau cabut akar-akarnya sekali, kiranya sia-sia, sebab…”, dia diam sekejap, fikir aku, mesti dia ingat perempuan tu. “Sebab perasaan cinta kau, akan kekal di situ, dekat hati kau.”. Jari yang disisipkan rokok dihala pada dada ku, sebelum dia sambung bermadah, “Jadi, macam mana kau cuba cabut pun cinta kau tu, kau date dengan perempuan lain ke apa, kau tahu itu sia-sia, sebab cinta kau, cuma pada perempuan tu seorang”, dia hembuskan asap rokoknya, berkepul-kepul huruf O terhasil,

Dia seorang….

Dia diam, matanya ada pada awan, ada pada langit, jiwanya juga begitu aku rasa. Aku perasan, ada air mata bergenang. Dia tunduk, jatuhlah setitis dua, kemudian digosok-gosok matanya. “Cilaka kereta tadi, main hembus asap karbon monoksida lak kata mata aku, berair terus”, dia bagi alasan. Aku cuma senyum.

Kau masih ingat dia ke San?” aku tanya, dia pandang aku, kemudian dia tanya, “Kau dengan Siti macam mana, kau dah lupa kat dia?”, dia pulang paku buah keras kat aku. Sial, macam mana dia tahu ni, aku jerit dalam hati, “Kau baca blog aku San?”, aku tanya dia. Dia berdiri, buat bodoh dengan soalan aku. Dia arahkan kakinya ke arah timbunan rumput tadi. Dah, jom tolong aku, cepat!! Jeritnya sambil memeluk rumput yang dah dicabut tadi dan kemudian berjalan ke arah tempat bakar sampah.

Aku bergegas, tapi aku perasan aku pijak sesuatu, aku tengok ada dompet, terbuka, ada gambar Hasan. Ada gambar perempuan. Ini.. perempuan tu.. Aku senyum lagi. “Kau tak payah jawab soalan aku San, gambar ni dah jawab dah”, aku bisik dalam hati.

Sambil membakar rumput-rumput tadi, aku pandang awan, dan aku terlihat Siti. Tiba-tiba mata aku pun kena hembus karbon monoksida. Demmit.
---
Taken from terfaktab.blogspot.com through their penulis jemputan SastraBoy. Rumput rumput Cinta - Writing yang best.
Like I said, It's a good feeling when reading sth like this, I can be pretty amazed when a guy likes a girl. some will say, it's plain boring, too emotional. some will suggest, carik yang lain, and I'd simply say that I could bet my life that this guy, yang tinggi angan angan nya wouldn't dare.

Tapi Sayang, yeh two is better than one, orang kata lah tp sometimes, one is better than two "Dia Seorang"

4 comments:

namasayatihah said...

nice...if only there is a guy who love me mcm tuh...^_^

dream_catcher said...

ada ada. guys like this normally tak go public :)

fuad ansari said...

Cerita bab rumput ni, teringat satu cerita..

Diringkaskan cerita, seorang cikgu berkata kepada seorang mudrid:

Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Akhirnya murid itu kata:
Tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Moral of da story:
Hargailah orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.. (",)

dream_catcher said...

eh si fuad ni slalu j nak komen panjang2 huhu :P (jgn marah)

baeklah, aku ikut ckp ko, hargai yang ada di dpn mata, pegang kuat2 xmau lepas :)